
Sulit
4 tahun
Urine test positif or negative
smalam kwan saya ada ambil shabu paginya dia ada urine test dgn minum banyk air adakah urine test nya sangkut atau tidak?shabu yg di ambil tak lah banyak

4 tahun
Salam sejahtera dan salam satu malaysia. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pengambilan shabu adalah dilarang disisi undang-undang dan juga boleh membahayakan kesihatan am anda. Kami nasihatkan anda agar menghentikan pengambilan shabu dengan mengambil rawatan rehabilitasi dan juga mendapatkan kaunseling.
Cara yang rakan anda lakukan adalah tidak menjamin ujian air kencing tidak akan mengesan syabu walaupun rakan anda mengambil syabu dalam kuantiti yang sedikit dan minum air yang banyak selepas itu.
Terdapat tiada cara untuk mempercepatkan penapisan bahan shabu dalam badan (darah dan melalui air kencing). Namun, anda boleh mencuba untuk tunggu selama 3/4 hari sehingga dadah tersebut hilang dalam sistem badan secara kesulurahan dan juga pada masa yang sama, berhenti mengambil bahan tersebut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.