
Sulit
3 tahun
Urine test pregnancy
Saya wanita berumur 25 tahun telah melakukan ujian kehamilan di rumah dan mendapati 3 jenis cassette berlainan keluar dua line samar tetapi apabila test menggunakan clearblue digital yang lebih accurate tapi keluar “Not pregnant” saya ada pergi ke klinik untuk cek tetapi di minta utuk datang kembali 7 atau 8 weeks jika hamil. Sekarang saya tidak tahu adakah saya hamil atau tidak. 10 hari lewat datang haid. Adakah hormon atau hamil ye? Saya tiada banyak tanda tanda hamil tetapi saya merasa sakit payudara dan pinggang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan pendarahan tersebut berpunca daripada haid atau kehamilan kerana perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Selain itu, sejarah kitaran haid perlu diketahui dengan lebih lanjut dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan pengesahan kehamilan dapat dibuat terhadap anda.
Oleh itu, anda seharusnya berunding dengan doktor supaya nasihat dan rawatan tertentu boleh diberikan untuk anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.