
Sulit
3 tahun
Urine test thc,rapid test thc
Jika seseorang itu menghisap ganja lebih kurang 3 bulan secara konsisten dan berhenti selama 2 bulan,berapa lamakah masa untuk dia negative dia punya urine ya daripada thc? Soalan kedua ialah berapa lama thc masih ada dalam urine seorang penagih extreme ganja yang sudah berhenti dapat pernah direkodkan? Adakah lebih 3 bulan baru urine dia negative? Thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, penghisap ganja akan mempunyai kesan ganja dalam air kencing mereka selama 2 minggu dan kesan ganja ini tetap ada dalam darah walaupun penghisap ganja tidak menghisapnya untuk beberapa minggu.
Bagi penghisap ganja yang tidak aktif, kesan ganja boleh dikesan dalam air kencing dalam masa seminggu atau lebih dan ujian darah pula boleh mengesan level THC dalam badan selama 24 jam.
Tetapi bagi seorang penghisap ganja yang aktif, ujian air kencing akan menunjukkan positif ganja selama lebih 100 hari selepas kali terakhir menghisap ganja dan ujian darah pula selama seminggu.
Akan tetapi, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang perkara ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.