Sulit

4 tahun

Urticaria ( gegata seluruh badan)

Saya wanita berumur 27 tahun…saya mengalami gatal2 pada selurug badan semenjak awal tahun lepas selama lebih 10 hari berturut turut pada setiap malam…setelah 10 hari baru saya mendapatkan rawatan dan doktor mengatakan bahawa ianya urticaria…mungkin kerana alergik tapi tidak dapat kesan puncanya…saya sempat berulang 3 kali ke klinik…
Ubat pertama yang diberi adalah chlorpheniramine…kemudian ditukar ke loratadine…saya masih mengalami gatal2 tersebut cuma bukan pada setiap hari…
Sewaktu pandemik covid19…saya berhenti ke klinik… gatal2 juga semakin berkurang…jadi saya brhenti mendapatkan rawatan…saya hanya mendapatkan bekalan ubat loratadine di farmasi…

Pada awal bulan ini…gatal2 ini muncul semula…hampir setiap malam saya tidak dapat tidur kerananya…alahan ini juga kadang2 muncul pada sebelah petang…saya tidak dpat pasti apa jenis alahan saya… saya akan mengalami alahan ini walaupun saya tidak berada di rumah… ada bahaya jika saya mengambil ubat loratadine tanpa preskripsi doktor? Saya juga tidak tahu sama ada saya layak untuk mengambil vaksin covid19 sedangkan saya tidak pasti apa jenis alahan saya…

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah urticaria yang anda hadapi. Untuk makluman anda, dalam dunia perubatan, masalah ini adalah disebabkan oleh reaksi ataupun tindak balas badan yang menghasilkan terlalu banyak histamine akibat daripada pendedahan terhadap bahan atau perkara yang sensitif terhadap badan. Antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya), sengatan atau gigitan haiwan dan serangga, bulu haiwan seperti kucing dan anjing, ubat-ubatan, hama, debunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian, kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi. Disebabkan badan pesakit sensitif terhadap bahan-bahan atau faktor-faktor ini, gegata akan mudah muncul.

Oleh kerana masalah ini berpunca daripada rembesan “histamine” yang terlalu banyak, maka ubat anti-histamine boleh digunakan untuk mengurangkan kandungan histamine dalam darah dan perkara ini mampu menghindarkan gejala gatal-gatal dan ruam. Untuk mendapatkan rawatan yang paling tepat, anda dikehendaki untuk pergi ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu. Melalui pemeriksaan menyeluruh, doktor dapat mengenal pasti sebab sebenar untuk masalah anda.

Berkenaan dengan vaksin COVID-19, maklumat lanjut seperti sejarah kesihatan anda daripada anda adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh mengambil vaksin tersebut setelah mendapat nasihat daripada pakar atau dinilai dan diperiksa oleh doktor yang merawat anda.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

AdobeStock_61928979

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)