
Sulit
5 tahun
Usg 6 minggu masih tak ada kantung and baby
Sy, madinah n berumur 26 thn , sy telah delay menses . Last period sy 9/1/2020, next bulan 2 tak datang period , pada 15/2/2020, sy check upt , dan mendapati upt tersebut double line , sy check lagi pada 20/2/2020, masih +ve , semalam , sy ke klinik untuk buat buku booking di klinik kesihatan , semasa buad usg , dr ckp masih tiada kantung dan baby , itu yg merisau kn sy , adakah 6weeks normal mcm tu or what ?then dr bg tca 2weeks nk scan blik , saya da risau di rumah ,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
- kandungan boleh dilihat bermula daripada usia 5 minggu hingga 7 minggu. Maka, anda perlu menunggu dalam tempoh tersebut kerana terdapat segelintir wanita yang boleh dilihat kandungan bermula 7 minggu.
- kandungan luar rahim
- kandungan terlalu kecil
- kurang kepakaran dalam menjalankan USG
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami sakit pada bahagian perut, pendarahan yang banyak, sakit pada belakang dan hujung tulang belikat, muntah dan sebagainya, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.