
Anonymous
4 tahun
USIA 43 Tetiba haid tak datang nafsu memuncak
Sy hairan 1st time lepas lahir Kan anak yg berusia 9thn … haid sy Tetiba tidak dtg dah hampir 3 Minggu tapi sy tidak Hamil selepas buat test Kehamilan tetapi nafsu sex Tetiba memuncak dlm masa haid tidak datang ada kah sy hamil? Atau gejara monopods? Atau sebaliknya… suhu badan memg rasa mcm hangat je … mood biasa tak moody

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan ketidak seimbangan hormon kerana:
- Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah Kalenjar tiroid - seperti hipertiroid
- Masalah menopaus pra-matang
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.