
Sulit
4 tahun
Usus berbunyi seperti bunyi perut lapar
Saya lelaki berumur 20-an mendapati bahagian usus berbunyi dan bukannya perut. Bunyi usus seperti bunyi perut yang lapar. Adakah saya mengalami masalah usus ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Terdapat beberapa penyebab usus berbunyi, antaranya ialah:
- lapar
- adanya pergerakan makanan di saluran pencernaan
- kesan banyaknya udara di saluran pencernaan
- masalah kesihatan lain ( radang usus, crohn disease, collitis ulcerative, alahan makanan)
Antara cara untuk mengatasi adalah:
- makan secara teratur
- minum air yang cukup
- makan secara perlahan
- mengurangkan pengambilan air berkarbonat
- mengelola stres dengan baik
Bagi mengenal pasti punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.