
Sulit
5 tahun
Usus Besar Turun/Terkumpul di bawah terlalu hampir dgn lubang
Saya brumur 44 thn. Sya mnghadapi masalah pembuangan air besar yg sukar sejak sebulan yg lalu. Saya juga merasakan usus besar saya jatuh/turun atau berada terlalu hampir dgn lubang namun sukar untuk sisa keluar walaupun puas meneran. Saya perasan perubahan ini apabila ketulan sisa tersebut dapat saya rasai dgn jari apabila jari menyentuh lantai vagina. Saya juga merasa sakit/perit dibhgn bwh pusat sewaktu pembuangan. Adakah ini normal? atau saya perlu melalui pembedahan utk menaikkn semula usus besar agar jauh dari lubang. Saya amat bimbang jika kemungkinan saya mengidap cancer usus yg mna umum tahu cancer itu cancer no 2 pembunuh secara senyap. Mohon pencerahan dr pihak Doktor. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Buasir
- Prolaps vagina - kejatuhan struktur rahim yang menekan struktur usus
- Ketumbuhan polip/adenoma dalam usus besar
- Penyakit radang usus - yang disertai nanah
- Kanser usus - faktor risiko seperti umur, sejarah kekeluargaan, selalu meneran ketika membuang air besat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.