
Sulit
4 tahun
Usus sensitif najis kerap keluar tanpa sengaja
Anak saya 8 tahun telah hampir 3 bulan mengalami masalah najis keluar tanpa sedar/sengaja/tanpa meneran.
Kami telah berulang alik ke 2-3 klinik meminta ubat/pendapat atas masalah anak.Setakat ini saya difahamkan ada makanan2 tertentu yg anak perlu elak.
Untuk itu… kami telah menghadkan dan monitor setiap jenis makanan yg dimakan yg boleh menyebabkan anak berak tanpa sengaja/sedar.
Antara makanan yg kami rasa bermasalah adalah susu, telur, sosej, nugget.
Benda2 tu saya dah avoid dari dia makan…
Masalahnya… walaupun dah avoid… masalah anak tetap ada… runsing apa lagi makanan yg perlu dielakkan.
Sepanjang berulang alik ke klinik, memang tiada ubat… hanya diberikan Hexbio untuk usus.
Saya kesian dengan anak saya… kerana kadang masalah tu berlaku di sekolah…sudah tentu berbau busuk di dalam kelas.
Sekiranya sy pergi berjumpa dgn doktor pakar kanak2… adakah akan ada rawatan lain selain Hexbio?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut masalah anak anda yang diperihalkan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pembuangan air besar tanpa disedari yang dihadapi oleh anak anda, dan mendapati bahawa anak anda perlu mengelakkan sesetengah jenis permakanan yang dinasihatkan oleh doktor anda.
Untuk makluman anda, penghindaran daripada makanan yang diperihalkan di atas adalah mungkin disebabkan oleh penyakit alahan pada usus terhadap sesetangah jenis makanan yang boleh mengganggu pencernaan serta pergerakan usus seperti Celiac disease, yang boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit. Namun, masalah anak anda mungkin bukan disebabkan oleh alahan makanan, namun ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah pengsarafan atau otot pada punggung yang berfungsi untuk meneran najis.
- Terdapat kecacatan pada dubur atau rektum yang boleh menyebabkan pengeluaran najis yang bocor tanpa disedari
- Penyakit keradangan pada usus seperti Inflammatory bowel disease yang terdiri daripada penyakit Chron atau Ulcerative Colitis. Namun perkara ini jarang berlaku atas kanak-kanak
- Masalah pada saraf tunjang yang boleh disebabkan oleh kecacatan ketika lahir, ataupun masalah tulang belakang. (Sila rujuk kembali sekiranya anak anda pernah mengalami jatuh kecederaan pada tulang belakang).
Mengenai Hexbio, ia merupakan sejeni ubat atau makanan tambahan yang terdiri daripada bakteria usus yang sihat yang boleh membantu sistem penghadaman anak anda dan mengelakkan berlakunya cirit-birit atau sembelit.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi merujuk kembali situasi anak anda bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.