
Anonymous
5 tahun
UTI sejak seminggu dan masih tiada perubahan
Saya berumur 38 tahun… saya mengalami sakit pedih semasa kencing dan air kencing berbuih sejak jumaat lepas… jumaat malam saya dah ke klinik dan doctor diagnosed saya UTI… dia bagi saya ubat lawas kencing dan antibiotik… selasa malam saya ke klinik lagi sebab sakit tidak berkurangan, doctor tukar antibiotik lain… khamis masih tidak berkurangan, doctor referred saya ke hospital… hasil ujian darah dan urine normal, doctor hospital bagi saya ubat lawas kencing lagi…tapi sehingga sekarang tidak ada apa2 perubahan… sekarang mata saya mula merah2… adakah ini berkait? Mohon sebarang advise dari doctor… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, jangkitan kencing dan mata merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Reactive arthritis akibat jangkitan kuman
- Conjunctivitis
- Urinary tract infection (UTI)
- Cystitis
- Gonorrhea
- Chlamydia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih