Sulit
4 tahun
Uzur tidak teratur sejak pertama kali uzur sehingga sekarang
saya wanita berumur 19 tahun . saya mengalami uzur tidak teratur sejak pertama kali saya uzur . so maksudnya uzur tidak teratur ni dari umur saya 12 tahun sehingga sekarang uzur tak betul . dalam satu tahun boleh kira hanya berapa kali sahaja saya uzur dan contoh kitaran haid saya seperti ini bulan 2 uzur bulan 3,4,5,6 tak datang uzur bulan 7 datang uzur tapi tidak cukup seminggu dan darah sedikit . boleh doktor terangkan kenapa sebegini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab masalah ini, secara umum antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
- kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor di klinik/ hospital berdekatan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih



























