
Sulit
3 tahun
Vaccine AZ & pregnant
Hai,
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tentang pengambilan Vaksin dan mengandung setelah lengkap satu dos.
Pada July 21st saya telah mendapat Vaksin AZ ( dos pertama) dan telah diberi penerangan oleh Doktor yang bertugas mengenai perancangan dan keinginan untuk mengandung bagi penerima suntikan AZ.Melalui penerangan yang dimaklumkan saya amat jeas dan memahami setiap info yang disampaikan.
Pada 3 hari yang lalu, saya telah mengalami pendarahan vagina yang sedikit dan mengalami Cramp dibahagian perut.saya telah membuat keputusan untuk melalukan ujian UPT dan status UPT adalah positif.
Pada 21/9, saya telah mendapat temu janji kedua untuk slot vaksin AZ.
soalan saya , perlukah saya meneruskan temujanji tersebut atau memerlukan sebarang konsultasi lain untuk perkara ini?
Terima Kasih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan KKM, wanita hamil adalah golongan yang berisiko tinggi dan digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi covid 19. Wanita hamil dibenarkan untuk divaksinasi pada bila-bila tempoh kehamilan selepas mengambil kira manfaat dan risiko. Semua jenis vaksin Covid 19 yang digunakan di Malaysia adalah selamat dan berkesan kepada wanita yang hamil.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini