
Sulit
5 tahun
Vagina Berdarah Ketika Bersama
Saya berumur 21 tahun . Saya baru nak 2 bulan berkahwin . Pada 2 minggu lepas saya dan suami hampir seminggu tidak “bersama” dgn suami bukan kerana datang haid tapi sebab sibuk kerja dan keletihan . Baru2 ni saya dan suami “bersama” dan selepas “bersama” tu , ketika suami hendak keluarkan zakarnya dari vagina saya , terdapat darah yg tidak byk la … apakah itu normal atau darah haid ? Saya haid pada 19 hari bulan …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion pada serviks (Cervical ectropion)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.