Sulit

5 tahun

Vagina gatal dan tonsil

Saya wanita umur 25 tahun belum berkahwin. Pada bulan Jun yang lalu, doktor telah memberikan saya antibiotikl Cefuroxim Axetil Tablets 500g kerana saya mempunyai tonsil yg membengkak. Tapi saya tidak menghabiskannya dalam masa 5 hari, saya berhenti pada hari yang ketiga.

Pada bulan Julai, saya terkena yeast infection untuk kali pertama dan telah membeli ubat fluconazole d farmasi. Selepas makan ubat tersebut, saya terus period.

Pada 12 August tadi, saya mengalami tonsil sekali lagi dan selepas 12 hari terkena tonsil baru saya mengambil dan menghabiskan antibiotik Curam 625mg yg diberikan oleh doktor.

Saya telah mengalami gatal2 d bahagian vagina saya semenjak 15 Ogos yang lalu iaitu selepas period saya tamat. Baru-baru ini saya telah pergi berjumpa doktor tentang masalah saya dan dia beri saya ubat untuk rawat yeast infection yang kena dimasukkan dalam vagina.

Persoalan saya ialah:

  1. Adakah disebabkan pengambilan antibiotik yang banyak menyebabkan saya terkena yeast infection?
  2. Saya tak dapat menggunakan ubat insert tersebut kerana saya tak pernah memasukkan apa apa dalam vagina saya. Apa perlu saya lakukan?
  3. Sekiranya saya tidak mengambil apa apa ubat langsung untuk merawat yeast infection ini, adakah ianya merbahaya?
  4. Kawasan sekitar vagina saya mudah luka. Adakah ia disebabkan oleh yeast infection tersebut?
  5. Disebabkan kerisauan dgn masalah kesihatan saya, saya telah mengambil sayur dalam pemakanan saya dalam jumlah yang banyak dan setiap hari. Saya juga mengambil suplemen vitamin c 1000mg setiap hari. Patutkah saya menjadi risau apabila keputihan saya berwarna hijau tapi tidak berbau kuat yang kurang menyenangkan. Najis air besar saya juga berwarna hijau dan solid seperti biasa.
  6. Tonsil saya masih bengkak dan saya juga masih demam kadang2 walaupun saya sudah habiskan antibiotik selama 5 hari.
  7. Saya sangat risaukan kesihatan saya. Apa pendapat doktor untuk menghilangkan kerisauan ini?

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di bibir faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:

  • Penggunaan estrogen secara ubat makan
  • Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
  • Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
  • Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
  • Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.

Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda

Merujuk kepada ubat yang perlu dimasukkan ke dalam vagina, yaitu pesari. Adalah digalakkan untuk anda berbincang lagi tentang alternatif lain sekiranya anda berasa tidak sesuai dengan cara perawatan tersebut. Tapi, harus diingatkan bahawa cara perawatan lain mungkin tidak mempunyai keberkesanan yang tinggi seperti pesari.

Memandangkan gejala utama anda yaitu tonsil bengkak belum membaik, anda amat dianjurkan untuk merujuk doktor pakar ENT agar masalah anda dapat diatasi dan ketergantungan terhadap antibiotik dapat dihentikan. Bagaimanapun, seperti dijelaskan diatas, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

yuris-alhumaydy-mSXMHkgRs8s-unsplash-2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)