
Sulit
4 tahun
Vagina keluar cecair coklat dan faraj kering
saya wanita berumur 20 tahun , vagina saya ada keluar seperti cecair coklat yg tidak berbau darah .,dan saya sudah datang haid pada awal bulan oktober ini . saya mengira saya datang haid tetapi ia tidak keluar darah seperti biasa …ia cuma keluar cecair tersebut tpi tidak banyak dan hanya boleh dilihat jika saya lap faraj saya menggunakan tisu . apakah yg perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keluar cecair coklat dari vagina.
Untuk pengetahuan anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Setiap kondisi yang dinyatakan diatas memerlukan pemeriksaan dan pendekatan berbeza. Rawatan juga adalah mengikut kondisi yang anda alami. Oleh itu sekiranya keadaan anda berlanjutan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi tindakan susulan.
Anda masih risau tentang cecair coklat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.