Sulit
3 tahun
Vagina keluar darah
Hai doktor. Saya wanita berumur 23 tahun , saya telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum mempunyai anak & saya juga sudah 1 tahun tak period & last period saya adalah pada 7/3/2020. Pada 2/4/2021 ini vagina saya mengeluarkan darah berwarna coklat gelap & merah muda sedikit selama 3 hari . Apabila saya membuat carian di google kebanyakkannya mengatakan ini adalah darah implantasi tetapi apabila saya cbeck upt hasilnya -tive . Boleh terangkan pada saya lebih lanjut mengenai ini, adakah ia adalah simptom lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar darah berwarna coklat gelap dan merah muda sedikit selama 3 hari. Untuk makluman anda, masalah ini juga merujuk kepada pendarahan spotting. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Mengenai ujian kehamilan, anda boleh melakukan pemeriksaan susulan di klinik berdekatan untuk mendapatkan kepastian.
Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.