
Sulit
3 tahun
Vagina kerap gatal walaupun tidak mengandung
Saya wanita berumur 29tahun,kebelakangan ini kerap mengalami kegatalan vagina walaupun tidak Hamil. Pengalaman mengandung Tiga orang anak memang ada sejarah gbs. Harap dapat membantu. Tq

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan kegatalan pada pada kemaluan (vagina) walaupun tidak hamil.
Umumnya kegatalan ini boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada kulit kelamin
- Kaedah mencuci kemaluan yang salah
- Penggunaan pakaian dalam yang terlalu ketat
- Penggunaan pakaian dalam yang bukan breathable undergarments
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.