Sulit
5 tahun
Vagina saya pedih dan sakit masa sy buang air
Sy rmja umo 16. Subuh tdi sy buang air pstu masa tgh buang air kecil vagina sy sakit atau pedih. Astu rsa nk buang air tu byk kali. Berulang kali sy pegi toilet pgi tdi,tpi yg keluar sikit je. should I go to the clinic?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda terdapat beberapa perkara mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada bahagian kemaluan
- Iritasi pada bahagian kemaluan dan sekitarnya
- Jangkitan kelamin
- Radang organ pelvis
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala seperti yang disebutkan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor agar maslah sebenar dapat diketahui dan rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:
- Demam
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
- Terdapat cecair busuk keluar daripada kemaluan anda
- Aktiviti harian terganggu
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai masalah yang anda sedang hadapi. Terima kasih.


































