
Anonymous
4 tahun
Vaginal discharge berwarna voklat
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya sekarang mengalami vaginal discharge berwarna coklat selama 2 hari dan saya tidak tahu sekiranya ini merupakan tanda sebelum haid atau saya sedang haid kerana perkara seperti ini tidak pernah saya alami sebelum ini. Jadi doktor adakah ianya normal dan adakah ia hanyalah spotting dan bukan haid?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!