
Sulit
4 tahun
Vaginal discharge yellowish.. is it yeast infection?
sjak 4 bulan lepas saya ada mgalami yellowish vaginal discharge. kdg2 juga tompok2 putih dischrge dri vginal. adakah ini yeast infction? dekat 5 bulan juga saya tak period… sya juga ada alami sakit sendi tapi tak teruk. d ankle kaki dan anak jari kaki saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah lendir keputihan yang berwarna kuning daripada vagina anda serta kedatangan haid selama 5 bulan.
Simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman anda, keputihan berwarna kuning boleh disebabkan oleh jangkitan STI ataupun lebih dikenali sebagai (Sexual Transmitted Infections) yang boleh disebabkan oleh hubungan seks tanpa perlindungan.
Terdapat beberapa jangkitan STI yang boleh berkait dengan masalah anda:
- Jangkitan yis seperti Candidiasis
- Jangkitan _trichomoniasis
- Jangkitan HPV (Ketuat kelamin)
- Jangkitan Kulat
- Jangkitan bakteria seperti Bacterial vaginosis
- Jangkitan herpes
- Syfilis
Jangkitan STI ini adalah sangat berkait dengan masalah tidak kedatangan haid kerana ia boleh menyebabkan penyakit keradangan pada ruanga pelvis atau dikenali sebagai Pelvic Inflammatory Disease (PID) yang boleh merosakkan organ-organ pelvis seperti rahim, ovari, serta serviks. Kemungkinan haid yang tidak datang datang itu disebabkan oleh keradangan pada ovari yang merebak dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai untuk jangkitan STI. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah