
Sulit
4 tahun
Vaginal disharge bukan waktu haid
Saya mengalami keputihan berwarna coklat gelap setiap kali saya mengambil antibiotik atau vitamin C. Apakah penyebab itu berlaku? Saya berumur 25 tahun dan belum berkahwin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan berwarna coklat gelap. Untuk makluman anda, keputihan yang seperti anda perihalkan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.
Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik. Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik. Antara penyebab keputihan berwarna coklat adalah:
- Ovulasi
- Tisu endometrium
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
- Kanser endometrium atau serviks
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktivit anda, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Atau anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih