
Sulit
3 tahun
Vaksin Astrazaneca dan hamil
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Saya baru shj ambil vaksin Astra zaneca dos pertama pada 6/4/21. Jika saya hamil sebelum pengambilan dos kedua, adakah saya masih boleh menerima vaksin dos kedua atau perlu ditangguhkan? Soalan kedua, adakah ada apa2 kesan kepada saya atau bayi jika saya ambil vaksin semasa hamil? Harap dapa bantu. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang kesan vaksin AstraZeneca kepada anda dan bayi jika hamil, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, setakat terdapat maklumat dan data yang terhad tentang keselamatan AstraZeneca kepada wanita hamil. Jika anda hamil, anda perlu memaklumkan kepada pihak PKD atau JKJAV.
Secara amnya, kesan sampingan yang boleh berlaku selepas melengkapkan dos vaksin adalah mengalami demam yang boleh berlaku dalam beberapa hari dan demam yang teruk boleh menyebabkan risiko kepada keguguran dan masalah pada kelahiran.
Jika anda inginkan kepastian dan pandangan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini