
Sulit
3 tahun
Vaksin AstraZeneca dan Merancang Kehamilan
Hi Doktor,
saya ingin bertanyakan. saya akan mengambil vaksin AZ pada 19/06/2021. situasi saya sekarang saya merancang untuk kehamilan. bolehkan saya teruskan untuk pengambilan vaksin AZ? adakah ia akan merbahayakan untuk saya dan kandungan yang sekiranya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui tentang kesan vaksin AstraZeneca kepada anda dan kandungan jika hamil. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, sehingga kini hanya terdapat maklumat dan data yang terhad mengenai keselamatan vaksin AstraZeneca kepada wanita hamil. Jika anda ingin merancang untuk hamil, anda perlu memaklumkan kepada pihak PKD atau JKJAV. Namun terdapat kajian yang mengesyorkan agar wanita yang ingin hamil untuk menunggu 6 sehingga 8 minggu setelah vaksin terakhir diambil sebelum meneruskan perancangan untuk hamil.
Jika anda inginkan kepastian dan pandangan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini