
Sulit
3 tahun
Vaksin covid 19 untuk pesakit saraf
Ibu saya mengalami sakit saraf di bahagian tangan. Beliau ragu2 untuk mengambil suntikan vaksin covid 19. Mohon pencerahan adakah beliau boleh mengambil vaksin tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat lanjut mengenai sakit saraf yang dinyatakan oleh anda adalah kurang jelas dan maklumat lanjut mengenainya adalah diperlukan. Ibu anda juga digalakkan untuk berbincang dengan doktor beliau dan mendapatkan pandangan daripada doktor mengenai vaksinasi tersebut.
Tetapi secara umumnya, vaksinasi COVID-19 adalah selamat. Ibu anda tidak perlu ragu-ragu tentang keselamatannya kerana telah ramai menerima vaksin tersebut di seluruh dunia. Kesan sampingan ringan vaksin COVID-19 termasuklah:
- Demam
- Lemah dan lesu badan
- Sakit, bengkak dan kemerahan di bahagian suntikan
Kesan sampingan ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam masa satu atau dua hari.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini