Sulit
4 tahun
Vaksin kedua utk allergy teruk pd makanan
Hi Dr. Saya berumur 30 tahun. Saya telah mengambil vaksin dose pertama pd bulan Julai yg lalu dan masih menunggu utk memdapatkan vaksin dose kedua pada awal bulan September ini. Baru-baru ini saya telah mengalami kesukaran bernafas dan lidah menjadi kebas. Saya telah pergi ke klinik utk mendapatkan rawatan, Dr check paras oxygen (96) dan mengatakan bahawa saya allergy pd pemakanan. Dr telah memberikan saya suntikan allergy utk kembalikan paras oxyen saya kepada (99). Ini adalah alahan teruk yg pertama kali berlaku kepada saya. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami sebarang alahan. Selain itu, saya juga tidak mengalami sebarang kesan yg teruk selepas mendapat vaksin dose pertama. Persoalan saya, bolehkan saya mendapatkan vaksin kedua selepas berlakunya allergy tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh terima vaksin dos kedua selepas itu, cuma perlu meningkatkan permerhatian anda, serta doktor dan pihak kesihatan di pusat vaksinasi anda hadiri tersebut. Kemungkinnya anda akan diminta untuk tunggu berjangka lebih panjang di pusat vaksinasi supaya sebarang gejala alahan terjadi dapat dikutip secepatnya serta rawatan boleh diberikan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























