
Sulit
3 tahun
Vaksin pfizer dose 1
Salam sejahtera, sya umur 22 telah divaksin dose pertama pada 6/9 dan lepas je selesai di cucuk sya terus terasa kebas ditangan dan pening. Pagi keesokanya sya batuk smpaikan sakit dada dan jantung berdebup laju diikuti dgn sakit kepala. Sampai skarang masih terasa sakit dada, bernafas laju, sakit kepala dan kadang2 batuk… apa perlu sya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan daripada vaksin antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di kawasan tempat cucuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini