
Sulit
4 tahun
Vaksin untuk covid 19 berjaya dicipta
bagi pesakit yg PLHIV adakah ia selamat atau ada kesan sampingan jika mengambil suntikan vaksin covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, penggunaan vaksin ini telahpun diluluskan di Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil vaksin ini bagi tujuan pencegahan. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai penyakit lain seperti masalah Imun, masalah buah pinggang, masalah jantung, alahan dan sebagainya. Anda perlu memaklumkan perkara ini dan berbincang dengan doktor mengenai perkara ini bagi mengetahui kondisi dan keperluan sama ada suntikan vaksin ini perlu diambil atau tidak. Setiap pengambilan vaksin perlu mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat anda. Beberapa aspek dan status kesihatan seseorang perlu diketahui sebelum suntikan vaksin ini diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini