Sulit
4 tahun
Vaksin untuk covid-19
Saya mengalami alergic pada ubat2 klinik seperti pain killer, paracetamol lebih dr 500… adakala pencetus allergy saya tidak menentu. Perlukah saya jalani rawatan allergi dahulu sblm dapatkn vaccine… allergy reaction saya juga tidak menentu… adakala hingga gangguan pernafasan… ada masa mengalami bengkak di mata
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai pengambilan vaksin dan alergi atau alahan.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua individu. Sehingga kini belum ada kajian yang menyatakan pengambilan vaksin akan memudaratkan keadaan seseorang melainkan individu tersebut mempunyai masalah alahan yang teruk. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Anda dikehendaki memaklumkan latar belakang kesihatan ibu anda kepada doktor yang bertugas sebelum menerima vaksin tersebut. Beliau akan menerangkan mengenai kelebihan dan kebaikan vaksin untuk tujuan pencegahan jangkitan COVID-19.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























