
Sulit
4 tahun
Vaksin untuk ibu hamil
Saya kini hamil anak kedua. Kandungan berusia 4 bulan. Persoalan saya bolehkah ibu hamil menerima vaksin COVID?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Untuk pengetahuan anda, menurut kenyataan terbaru menteri kesihatan Malaysia, ibu yang sedang hamil boleh dipertimbangkan untuk menerima vaksin COVID-19 dengan syarat golongan itu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil suntikan vaksin berkenaan. Doktor dan ibu hamil perlu berbincang dan mempertimbangkan antara risiko dan faedah vaksinasi. Pemberian vaksin boleh dipertimbangkan sekiranya faedah daripada vaksinasi melebihi apa-apa risiko kepada penerima vaksin dan janin di dalam kandungan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info mendalam tentang hal ini, anda boleh klik di link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih