
Sulit
3 tahun
Vaksin untuk wanita yang merancang dapatkan anak
Saya wanita yang sudah berkahwin dan berumur 26 tahun, saya ingin bertanya jika saya merancang untuk mengandung dalam masa terdekat ini bolehkah saya mengambil vaksin dan jenis vaksin apa yang sesuai.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jikalau anda boleh mengambil vaksin kerana sedang merancang untuk mengandung dalam masa yang terdekat.
Untuk pengetahuan anda,anda boleh menerima mana-mana vaksin dalam tempoh masa ini.
Ini hanya akan memberikan perlindungan kepada anda sekarang dan juga semasa anda mengandung.
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini