
Sulit
3 tahun
Vaksin untuk warga emas berumur 88 ke atas Dan mempunyai penyakit
Ayah saya berumur 88 Dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis Dan darah tinggi berserta kolestrol. Adakah digalak untuk menerima vaksin Dan adakah vaksin ini berbahaya untuk golong yg berpenyakit seperti diatas… Saya risau kan kesihatan ayah saya selepas menerima vaksin… Terima kasih Dr

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda ingin mengetahui jika ayah anda digalakkan untuk menerima vaksin atau tidak dengan kesihatan beliau yang mempunyai pelbagai penyakit. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ayah anda digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19 walaupun mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Disebabkan ayah anda berisiko tinggi, beliau amat digalakkan untuk menerima vaksin.
Tanpa perlindungan daripada vaksin, ayah anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini