
Sulit
5 tahun
+ve covid customer bank perlukah sy buat saringan?
perlukan sy membuat saringan ke kkm? sbb sy ada pegang duit dia tp sy lengp dgn PPE, dia pun pkai mask time tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana anda mempunyai kontak rapat dengan orang yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Oleh kerana anda berdua menggunakan perlindungan diri seperti mask dan sarung tangan, anda berkemungkinan rendah untuk mendapat COVID-19. Namun, teruskan memantau kesihatan anda buat masa sekarang.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.