
Anonymous
6 tahun
Ventricular peritoneal shunt
Assalamualaikum doktor, saya ada seorang kawan yg ada permanently vp shunt, this year masuk 10 tahun dia pakai vp shunt tu, sekarang umur 24 tahun. Dia sihat hidup macam org normal. Soalan saya doktor, vp ni ada life span dia sendiri ke? Then kalau dah reach life span dia, can lead to dead ke doktor? Then if necessary perlu tukar, in what condition perlu tukar ngn how often it be?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
VP Shunt adalah satu prosedur yang agak selamat. Namun, beberapa komplikasi mungkin berlaku. Antara pendarahan berlebihan semasa di dewan bedah. Para doktor juga berkemungkinan menghadapi masalah seperti reaksi terhadap ubat pelali seperti kesukaran bernafas, perubahan degupan jantung & perubahan tekanan darah.
VPS juga mempunyai beberapa risiko yang jarang berlaku tapi sangat berbahaya seperti :
Darah beku
Pendarahan otak
Kerosakan sel otak
Otak bengkak
Jangkitan
Demam , sakit kepala, sakit abdomen, keletihan & tekanan darah memuncak mungkin menandakan jangkitan atau kerosakan shunt ini. Jangkitan selalunya berlaku seminggu selepas shunt diletakkan. Sila rujuk doktor anda untuk rawatan lanjut.
Adalah amat disarankan untuk anda berjumpa kembali dengan doktor jika gejala gejala diatas terjadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.