
Sulit
5 tahun
Vicks Inhaler buat rasa sesak nafas
Salam doktor, saya wanita berusia 20 tahun dan saya ada alergi kepada habuk dan asap rokok. Semalam saya ada guna vicks inhaler sebab saya rasa seperti nak selsema dan saya guna vicks inhaler. Beberapa minit lepas guna vicks inhaler saya rasa seperti sesak nafas dan sebelum ni masa saya guna vicks inhaler saya rasa perkara yang sama. Mengapa jadi begibi doktor? Adakah kerana alergi saya atau saya ada masalah lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, teknik pengguna inhaler yang tepat amatlah penting untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.