
Sulit
4 tahun
Viral Fever (hari ke-10)
Hi, saya lelaki berumur 29 tahun.
Hari pertama badan saya sedikit letih tidak seperti biasa dan suhu badan mula naik sedikit, saya ambil paracetamol dan dilekat koolfever sebab kebiasaannya esok akan baik.
Esokkannya saya hanya berbaring saja atas tilam dan habiskan masa dengan tidur. Saya memang bole rasa seperti haba sedang tertumpu di muka. Bila waktu malam pula saya, memang suhu badan sangat tinggi sehingga tidur sangat tertanggu, ada kala menggigil sejuk dan tidak rasa untuk makan. Suhu pada masa ni sekitar 37°C - 38°C. Hari ke-2 hingga hari ke ke-5 tetap sama; panas tidak surut, paracetamol, koolfever, air masak, kain basah.
Saya tiada simptom lain seperti batuk atau selesema. Hanya demam panas saja.
Masih ada deria bau dan rasa, ada sedikit tenaga untuk kerja ringan.
Hari ke-6, saya buat keputusan untuk ke hospital dapatkan rawatan. Suhu diambil ketika itu 40°C. Sampel darah, air kencing dan X-Ray dada diambil, dan saya dimasukkan ke wad pemerhatian sementara ujian sampel selesai. IV diberi semasa berada dlm wad pmerhatian. Selesai ujian, tiada masalah dgn sampel berkenaan. Tidak syak denggi. Doktor beritahu saya hidap Viral Fever. Bole discaj bila selesai IV, saya diberi paracetamol dan Vitamin C.
Hari ke-7 sampai hari ke-10 skrng, panas badan saya masih tidak surut, sekurang-kurangnya tiada lagi rasa bahang sepertimana hari² sblum ke hospital, malam dapat. Suhu rekod sentiasa sekitar 37°C -39°C. Rutin yang sama, air masak, paracetamol dan kain basah.
Boleh saya tahu berapa lama lagi saya harus bertahan untuk betul² sembuh?
Adakah Tamiflu sesuai untuk diambil?(pelbagai artikel telah dibaca berkaitan Viral Fever)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, demam viral (viral fever) adalah istilah untuk sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan menyebabkan demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah. Demam virus membimbangkan dan dalam kebanyakan kes, ia boleh sembuh tanpa sebarang rawatan perubatan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Sering kali, tiada rawatan khas untuk demam virus. Doktor akan memberi ubat tahan sakit dan ubat demam untuk mengurangkan kesakitan dan suhu badan anda.
Rawatan jangkitan virus amat mencabar kerana virus boleh berlindung di dalam sel-sel badan daripada disingkirkan oleh ubat. Bagi sesetengah penyakit virus, seperti jangkitan virus herpes simplex, HIV / AIDS, dan influenza, ubat antiviral telah berada dalam pasaran. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat-ubatan antiviral tersebut telah dikaitkan dengan perkembangan “drug resistant microbes”. Justeru itu, penyelidikan secara lebih mendalam tentang kesan sampingan ini masih dijalankan.
Mengenai ubat yang anda nyatakan, ia merupakan sejenis ubat oseltamivir (anti virus) berfungsi dengan menyerang virus selesema agar tidak membiak di dalam badan anda dan dengan mengurangkan gejala selesema. Kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda seperti rekod kesihatan anda sebelum mengesyorkannya kepada anda atau membuat sebarang kesimpulan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!