
Sulit
3 tahun
Virus tekak kerana tongsil
Hi doc, virus tekak saya sudah lebih 3week akibat tongsil, klinik 2x done on antibiotik. Hospital govmnt pun dah go still tak baik .test covid negative,.suggest sama ada saya perlukan rawatan hospital swasta pulak ke? Saya buntu tiada kesan apa2 still sakit tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah anda iaitu sakit tekak yang dialami lebih dari 3 minggu. Sakit tekak yang tidak sembuh-sembuh pastinya mewujudkan kerisauan. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak
Memandangkan adanya risiko jangkitan yang serius, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor bertauliah kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah sakit belakang yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk mendapatkan nasihat daripada pakar