
redqueen.kecik
5 tahun
Vitamin A dos tinggi ketika kehamilan
Salam/selamat sejahtera. Sy nak tanya. Sebelum mengandung sy terbiasa mengambil omega guard iaitu 3kapsul stp hari. Bersamaan 1800mg per day. Sekarang sy mengandung 5 bulan dan masih mengamalkan pengambilan sebanyak dos yg dinyatakan. Suatu hari sy dpt tahu jika pengambilan minyak ikan dos tinggi boleh menyebabkan kecacatan pada bayi kerana minyak ikan mengandungi vitamin A. Sy amat risau sekarang jika supplement itu membuatkan kecacatan pada bayi sy. Adakah betul bayi sy akan cacat waktu lahir nanti??? Sy amat takut sekarang dan sy telah menghentikan pengambilan serta merta minyak ikan itu. Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, saya tidak tahu kandungan sebenar vitamin A didalam supplemen itu. Oleh itu, sukar untuk menentukan apakah konsumsi vitamin A puan dianggap tinggi ataupun tidak.
Sebenarnya setiap makanan dan vitamin yang dikonsumsi haruslah diambil dalam kuantiti sederhana supaya tidak terjadi kekurangan (defisiensi) dan tidak terjadi kelebihan (toxicity). Sebagai panduan untuk puan, rekomendasi vitamin A (National Health Council America) untuk ibu hamil adalah 1,000 retinol equivalent (RE) / hari, yang bersamaan dengan 3,300 IU sebagai retinol atau 5,000 IU vitamin.
Sekiranya puan masih ragu-ragu, sebaiknya puan merujuk doktor untuk mendapatkan kepastian tentang kesihatan dan kondisi bayi anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.