
Sulit
5 tahun
Vitamin bio c 1000mg blackmores
Saya llki berumur 28…saya mengalami sedikit sakit tekak slps mgmbil 1 tablet vitamin bio c…adakah mengambil vit c 1000mg berbahaya?tq

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Walaupun vitamin C adalah vitamin yang dapat membantu meningkatkan imuniti badan, namun ianya tidak spesifik untuk merawat gejala yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.