
Sulit
4 tahun
Vitamin C 250mg atau 500mg
Saya sedang makan vitamin c 500mg tetapi bila saya bangun pagi dada saya sakit sebab gastrik dan kulit saya terasa gatal. Vitamin c bantu beri tenaga pada saya. Vitamin C untuk seorang wanita dewasa dose yang sesuai 250mg atau 500mg? Saya sedang makan vit c telan 500mg dan saya perlu tukar ke pil chewable 250mg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan vitamin C.
Untuk makluman anda, dos vitamin C yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 65 hingga 90 milligrams (mg) sehari dan maksimum 2,000 mg sehari. Pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan gejala berikut:
- Cirit birit
- Loya
- Muntah
- Pedih ulu hati
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sukar untuk tidur
Selain daripada suplemen, anda juga mungkin tidak sedar bahawa bebrapa jenis makanan telah kaya dengan vitamin C seperti:
- Brokoli
- Betik
- Jambu batu
- Bunga kobis
- Nanas
- Kiwi
- Kale
- Lada benggala
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Anda tidak perlu terlalu bergantung kepada tablet vitamin C sekiranya tiada indikasi khusus daripada doktor. Makanan yang anda ambil seharian sudah memadai untuk memberikan tenaga dan vitamin C.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.