
Sulit
5 tahun
Vitamin C disimpan dalam freezer
Hi Doc,
Benarkah skincare yang mengandungi vitamin C atau natural ingredient sebagusnya di tempatkan didalam peti sejuk bagi mengelak dari kehilangan keberkesanannya?
Terima kasih,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ia sebenarnya adalah tergantung kepada jenis produk yang anda beli. Justeru anda harus merujuk kepada arahan pengilang (manufacturer) atau jurujual produk tentang cara penyimpanan terbaik. Namun, secara umum, vitamin C sama ada dari sudut penyimpanan mahupun penggunaan pada kulit haruslah dielakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan suhu tinggi (panas) memandangkan ia boleh menyebabkan kerosakan vitamin C.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.