
Sulit
5 tahun
Wajibkah pengambilan susu hamil?
Hi… saya berumur 25 tahun dan sedang hamil 4 bulan. Soalan saya, wajibkah ibu yang sedang hamil mengambil susu yang diformulasikan untuk ibu hamil atau cukup sekadar meminum susu biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan susu ketika hamil adalah bertujuan untuk memastikan nutrisi seperti kalsium, vitamin D, asid folik dan protein. Pengambilan susu biasa sudah mencukupi disamping pemakanan yang seimbang dan bernutrisi. Sekiranya anda ingin mengambil susu formula juga tiada masalah namun anda perlu memastikan cara pembancuhan yang baik dan selamat. Anda tidak dinasihatkan untuk membeli susu segar atau susu yang tidak dipastur kerana risiko jangkitan listeriosis. Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai penggunaan susu formula, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.