
syaza
6 tahun
Waktu malam malam tumit sakit
Ibu saya suri rumah selalu komplain waktu malam malam tumitnya sakit. Ngape ye Dr. ? Ada rawatan di rumah untuk hal sebegini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas pertanyaan anda.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit termasuk:
- Kencing manis
- Kecederaan kaki
- Tulang patah
- Masalah saraf dan sebagainya
Berdasarkan kenyataan anda di atas, ibu anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai plantar fasciitis. Biasanya, sejenis tisu yang dikenali sebagai plantar fascia akan mengekalkan struktur dan kestabilan di bahagian tapak kaki.
Keradangan yang berlaku pada tisu ini adalah dikenali sebagai plantar fasciitis atau radang fasia tapak kaki. Mereka yang sering berdiri lama, berjoging atau berlari terlalu banyak dan orang yang mempunyai kaki leper (flat feet) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap radang fasia tapak kaki.
Anda digalakkan untuk membawa ibu anda untuk berjumpa dengan doktor agar punca kepada masalah ibu anda boleh dikenal pasti. Jika ibu anda disahkan menghidap plantar fasciitis, ibu anda akan dirawat dengan kombinasi ubat tahan sakit, senaman untuk melegakan otot kaki serta rehat yang secukupnya.
Secara amnya, pesakit akan mengambil masa 6 hingga 12 bulan untuk sembuh sepenuhnya.

6 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Masalah ini kerap berlaku pada mereka yang berdiri untuk jangka masa yang agak lama seperti guru, pakar bedah dan suri rumah. Apa yang ibu anda alami kedengaran seperti plantar fasciitis.
Fascia merupakan satu lapisan pada otot. Ia merupakan ligament yang tebal yang menyatukan bahagian depan kaki ke tumit. Plantar fasciitis berlaku apabila terdapat tekanan yang tinggi pada bahagian fascia menyebabkan keradangan dan sakit di tapak kaki.
Kondisi ini menjadi semakin teruk dalam jangkamasa yang lama. Sakitnya lebih teruk pada waktu pagi ketika hendak memulakan langkah. Masalah ini juga biasa berlaku kepada mereka yang obes kerana peningkatan tekanan pada kaki.
Mereka yang aktif seperti pelari pecut, pekerja kilang dan juga pekerja restoran.
Rawatan di rumah adalah seperti berikut:
• Berehat dan meletakkan ais pada kaki selama 20 minit untuk empat kali sehari untuk mengurangkan keradangan.
• Ubat-ubatan tahan sakit seperti ibuprofen dan paracetamol juga boleh membantu mengurangkan keradangan.
Saya sarankan untuk ibu anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan khusus.