
Sulit
4 tahun
Waktu period keluar cecair keputihan
saya seorang wainta berumur 13 tahun, saya tak tahu sama ada saya tengah period atau tidak, Sebab sekejap keluar cecair warna coklat sekejap keluar keputihan . ada penjelasan tak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan yang kadangkala berwarna coklat cair. Untuk makluman anda, pengeluaran cecair putih merupakan kondisi yang lazim berlaku keatas wanita dan ia disebakan oleh pelbagai faktor. Secara fisiologi normal, kondisi ini dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.
Keputihan fisiologi (normal) selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Bertentangan dengan ciri-ciri keputihan fisiologi, keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan.
Keputihan patologik boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- jangkitan bakteria, parasit dan yis
- ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Risau dengan masalah keputihan berwarna coklat? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Reply
Bookmark Share Flag Invite Reply
Tracking
You will see a count of new replies because you posted a reply to this topic.