Sulit
5 tahun
Waktu period normal (setiap bulan) tapi bila nak period darah tu keluar tersekat sekat
Saya wanita berumur 30an,Haid saya teratur,tetapi sejak awal tahun sehingga sekarang bila tiba waktu untuk period darah Saya tersekat2 kejap ada kejap tiada.perkara itu akan berlarutan untuk 2,3hari baru Sarah Saya akan keluar secara normal.
Adakah itu normal ye doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya berpendapat tidak ada masalah dengan haid anda. Gejala yang anda hadapi tidak merujuk kepada apa-apa penyakit. Maka anda tidak perlu risau buat masa ini. Kebiasaannya, masalah dengan haid adalah seperti haid lambat, kitaran tidak teratur, darah keluar terlalu banyak atau datang haid berlebihan.
Akan tetapi, yawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























