Sulit
4 tahun
Waktu sesuai untuk mengambil injection depo.jika dah terlepas tempoh haid.injection prrtama kali
Anak sy dah 6 bulan.sy x ambil apa2 perancang kluarga.hanya meminta suami memakai kondom.kalau sy nak ambil injextion depo tapi haid saya dah lepas.next sepatutnya 9 julai 2021.tapi period sy x on time selalu lewat dalam seminggu.sy kena tunggu next period ke?kalau nak bersama suami selamat ke kalau pakai kondom sahaja smtara utk dapatkan injection depo.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham persoalan anda mengenai waktu yang sesuai untuk mendapatkan suntikan perancangan keluarga dan sama ada adakah selamat untuk bersama untuk bersama dengan suami sementara menunggu suntikan. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Suntikan hormon perancangan keluarga diberikan kebiasaannya atas tujuan untuk mengelakkan ovulasi dan kehamilan. Ia kebiasaannya diberikan 7 hari selepas haid terakhir ataupun dalam masa 7 hari selepas melahirkan anak walaupun anda menyusukan anak.
Adalah selamat untuk bersama dengan suami dengan menggunakan kondom kerana kondom berkesan untuk mencegah kehamilan tetapi mempunyai risiko untuk pecah apabila tidak dipasang dengan betul.
Anda perlu berbincang dengan lebih lanjut bersama dengan doktor mengenai waktu yang sesuai untuk mendapat suntikan tersebut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.



































