Sulit
3 tahun
Waktu tepat makan asid folik
Selamat pagi doc,sy akan berkahwin sebulan lagi, patut ke saya ambil acid folic dalam masa sebulan sebelum kahwin? Sebab saya terbaca kena makan 3 bulan sebelum kahwin… Boleh doc jelaskan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mulakan supplemen asid folik sebulan sebelum merancang untuk mendapatkan anak. Asid folik bertujuan mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir seperti spina bifida dan anencephaly. Anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum merancang kehamilan kerana kebanyakan masalah pembentukan saraf berlaku awal dalam kehamilan iaitu 3-4 minggu. Ini adalah sebelum kebanyakan wanita sedar bahawa mereka hamil. Terdapat juga makanan yang diperkayakan dengan folate yang boleh anda makan untuk membekalkan badan anda dengan vitamin ini.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar ibu dan anak untuk menjalankan pemeriksaan pra-hamil bagi memastikan kehamilan anda nanti lancar buat anda dan janin anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.