
fm164214
6 tahun
Waktu untuk check upt
Saya baru lewat 2 hari untuk datang bulan…pada bulan 1 & 2 kitaran haid sy lbih cpt dr biasan iaitu 25 hari namun pada bulan 3 kitaran haid sy kembali kpd normal iaitu 30 hari…namun bg bln 4 haid sy belum datang lg

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh melakukan ujian kehamilan seminggu atau dua minggu selepas lewat haid sekiranya anda mengesyaki anda hamil. Jika ujian negatif, rujuk kepada doktor untuk mengetahui penyebab haid lewat anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!