
Sulit
4 tahun
Waktu untuk sembuh HPV
Saya seorang lelaki.
Saya ada beberapa soalan yang sangat ingin diketahui.
Benarkah Virus HPV akan sembuh sendirinya? Dan berapa lama? Dan tips?
Benarkah kutil kelamin/ketuat kelamin pada bahagian penis akan hilang sendirinya? Jika ketuat kelamin/kutil kelamin telah hilang, adakah bahagian itu masih bahaya untuk pasangan saya?
Selama saya mempunyai ketuat kelamin/kutil kelamin. Adakah bahaya untuk saya dan pasangan berciuman?
Berikan saya tips atau cara untuk saya mengatasi hal ini…
Saya memerlukan pertolongan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda jangkitan HPV kebiasaannya akan berjangkit melalui hubungan seksual. Kami akan menjawab soalan anda satu persatu.
Ya kebanyakan jangkitan virus HPV akan hilang sepenuhnya sama ada melalui rawatan ataupun hilang dengan sendirinya. Namun begitu, varus tersebut boleh berada di dalam badan anda buat masa yang lama. Badan anda akan menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut. Buat masa ini kami sarankan anda agar menahan diri dan menjauhi daripada sebarang aktiviti seksual.
Ya, ketuat tersebut akan hilang dengan sendirinya. Tetapi ia tidak bermaksud anda telah bebas daripada virus tersebut. Untuk mengatakan sama ada ia berbahaya untuk pasangan anda, anda perlu melakukan saringan kesihatan terlebih dahulu.
Tidak menjadi masalah untuk anda dan pasangan anda berciuman sekiranya ketuat tersebut hanya berada di bahagian kemaluan anda. Namun kami sarankan agar anda tidak melakukan hubungan seks oral ataupun kelamin untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada pasangan anda.
Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dan intervensi dapat dilakukan. Selain itu, anda boleh berbincang dengan doktor dengan lebih mendalam mengenai jangkitan HPV ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Ini hanyalah keterangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor supaya anda dapat mengetahui status anda. Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai jangkitan HPV. Terima kasih.