
Anonymous
5 tahun
Waktu yang sesuai untuk membuat upt
Bolehkah saya membuat upt pada awal 4 hari sebelum waktu haid sya tiba… Sebab sya rasa x sedap badan…dan loya seperti hamil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ujian kehamilan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana sekiranya anda telah positif hamil, hormon kehamilan akan menyebabkan ketiadaan haid seterusnya. Tiada waktu larangan untuk menguji kehamilan dan sekiranya anda berasa gejala-gejala seperti loya dan muntah, pertambahan berat badan, payudara membengkak dan sakit, serta kerap kencing anda boleh melakukan ujian kehamilan bagi mendapatkan kepastian.