
Sulit
4 tahun
Waktu yg tepat untuk check upt
Saya lewat period dah 9 hari , saya cuba check upt tapi negativ , adakah normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kit ujian kehamilan memberikan keputusan negatif, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Berkenaan waktu yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan adalah sekitar 6 ke 8 minggu selepas hari pertama haid terakhir anda. Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk memastikan tiada ralat. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Keputusan yang negatif tidak bermaksud anda tidak hamil. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan pengesahan kehamilan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.